klik Culture

September 6, 2009

Our 13th wedding anniversary today (6.9.96-6.9.09)

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 8:20 am

Our Love Still Grows

Our anniversary means a lot,
Much more than any another day;
I celebrate my love for you,
And cherish you in every way.

Through passing time, our love still grows,
A caring relationship to explore;
Our life together gets better and better,
And I keep on loving you more and more.

By Karl Fuchs

2007@stonehedge

2007@stonehedge

Alhamdulillah…13 tahun mengharungi alam perkahwinan….banyak cabaran,dugaan dialami sepanjang perkawinan nie…bergaduh2 tu biasalah tapi paling banyak gembira….pengalaman paling tak boleh lupa masa dapat tahu first pregancy…masa tu baru third year…kitaorg berdua terkedu jap…dua2 tak percaya…sampai tak tahu nak gembira ker sedih ker….mmg langsung tak plan….(hmmm sampai anak ke 5 pun tak plan gak heheh) masa tu pikir saperlah nak jaga anak…macammana nak belajar…tapi alhamdulillah Allah permudahkan .

Apa-apa pun kunci kebahagian rumah tangga tu terletak pada kita sendiri…kena pandai beralah,kena pandai jaga hati pasangan masing…fizah masa mula2 tu…mmg tak pandai langsung…sampaikan nak panggil din abang pun malu2…sbb dah biasa panggil dia mam masa kat matriks ukm…din gertak tak tegur beberapa hari barulah panggil abang ehheheh…tah apa2 kan..

2009@whitby abbey

2009@whitby abbey

HAPPY 13TH ANNIVERSARY TO US!!!!!

September 4, 2009

MARSHA AND SOFEA

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 11:03 am

Kali nie mama dorang nak testing baju raya…heheheh…bukannya baju baru pun…baju turun temurun…dari sarah…kesian lah dorang yg kat bawah2 nie..mmg tak dapat baju baru…ambik kakak2 dorang punyer jer…

Bila dah terlanjur testing tu….apalagi kenalah budak berdua nie posing ….plg geram kat sofea….sekejap jer ok..pastu dah tak gaya gadis melayu…tertonggeng lah terbaring angkat2 kaki…sabar jer lah….

Nie gaya2 budak2 tak pose…tapi sibuk nak beraya…marsha dgn sofea jer tak merasa lagi beraya kat malaysia….so tak merasa lagilah terima duit raya…nnti jgn jadi macam sarah masa kecik2 beraya kat msia…..orang nak bagi duit raya taknak terima sbb dia kata dah dapat….pakcik tu nak bagi gak…dia siap lari2 tak nak…hehehe…

Eh lagi 2 minggu kita nak raya…cepatnya masa berlalu….apa2 pun nak ucap selamat hari raya (hahahhah…melampau betul….raya lama lg)…takper nak ucap jugak…

August 24, 2009

Entri Rojak

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 3:49 pm

Entri kali ini sekadar nak update gambar2 lama….kemalasan yang teramat….Ni gambar semasa gi caravan di scarborough….

Banyak sangat gambar yang best…tapi fizah upload sikit jer…Antara gambar romantica d amok….bagi chancelah…selalu gambar budak jer yg banyak…kali nie giliran makbapak pulak heheheh


Nie plak semasa gi chomondaley castle(betul ker ejaan tuh…macam salah jer )…outing kali nie mmg teramat lawak…banyak sangat adegan2 yg melucukan ..dari makan sampai nak tercekik,eizan yg bersiram di istana,mahaguru2 yg tgh practis aura masing2, cover album terhangat dipasaran dan macam2 lagi….lepas dah upload gambar2 tu kat fb pun asyik tergelak2 jer sbb masih teringat macam2 aksi lucu makbapak yg tak ingat dunia hehhe…


Tapi nie gambar paling best….4 couples madly in L.O.V.E…..

May 15, 2009

Spring 2009

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 10:22 am

nadia

Last year kitaorang ter miss nak snap gambar masa  spring….tahun nie mmg mata sentiasa peka tengok bunga cherry blossom nie…hahhaha…tak nak ler termiss sekali lagi huhuhu…alhamdullilah dapatlah snap sikit2…itu pun last minit..

May 6, 2009

cuti2 uk (day 6)

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 4:58 pm

Hari terakhir cuti2 uk 2009…fuh…our last destination-cambridge…bestnya nak gi punting!!!!!Masa dalam perjalanan nak ke cambridge nie memang banyak sangat ladang kuning….terujanya nak berhenti tapi macam tak sesuai jerk sbb betul2 kat motorway pastu nak ke ladang tu macam nak kena melompat longkang plak…ntah macammana ternampak ada satu area tu mmg macam nak suruh berhenti hehheh…ada tempat parking yg sangat cantikkkkk…boleh ler posing sikit2 tapi takut sebab itu kan ladang orang…kitaorang bergambar kat tepi2 jer…kang tak pasal2 ada yang kena halau…..

Bila sampai kat cambridge agak terkejut gak sbb ramai betul naik basikal…yelah kawasan student…tapi kat manchester takde le plak camtu…kawasan student gak…mmg unik jugaklah…lawa cambridge nie…tapi kitaorang budget masa sekejap jer…yelah dah hari ke6…penat tu dah mula terasa….fizah ok lagi…din dgn nak drivenya…esok nak kerja lagi…so pikir gi punting, jalan2 sikit pastu terus balik …malas nak lepak lama sangat….


Seronok sebenarnya berpunting nie….sepanjang river camb tu mmg lawa sesangat…sampaikan apa tourist guide tu cerita sejarah cambridge pun tak masuk kat kepala….hehheheh…yang fizah dengar cuma kat library university tu buku semua kat tingkat atas sbb takut banjir dgn ada satu bridge jer yg selamat masa perang dunia…lagi satu pasal chapel tu…dorang ambik masa 100thn nak siapkan…hahahah…mmg nampak sangat tak nak tahu pasal sejarah….tahu nak ambik gambar jer…hehehhe…

Lepas puas berpunting pergi ler mencari king’s college…tak boleh nak masuk daaa…sbb orang tgh exam..ceh..orang ramai plak tu….nak duk bergambar depan tu pun susah…hmm malas ler…ktaorang terus berjalan gi THE BACK….

MAsa berjalan2 kat area tuh…ada ler jumpa macam hidden garden…kelakar ler budak2 nie…nadia siap masuk kat dalam belukar berposing…fizah jer dah tak larat nak snap…sib baik takde kena pokok gatal…yelah masuk celah ntah mana2…sabar je lah budak2 nie….

Akhirnya tamat lah cerita percutian musim bunga 2009 ……

May 5, 2009

cuti2 uk (day 4 & 5)

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 5:08 pm

Sekejap jerk masa berlalu….dah nak packing barang meninggalkan cornwall nie…nasib baiklah dah basuh sikit baju semalam…takde ler nampak rimas jerk tengok baju2 kotor….next destination – london..memula ingat nak gi legoland sbb kitaorg ada voucher…tapi bile pikir susah nak handle sofea nnti terpaksalah lupakan jer legoland tu….so ikut plan 2 ,singgah bath dgn bicester village…..tengok dalam peta nampak macam dekat jer semua tempat tuh…dgn sesuka hati masuk dlm itenary hari nie ….din bukan main marah lagi sbb nya nak masuk ke bath tu agak lama ler jugak…pastu tempat yang nak gi tu pulak kat tengah bandar…..mmg pakcik tu takde mood(sorry bang…lain kali tak buat lagi)..susah nak cari parking,orang punyer ler ramai sbb kawasan university….yang paling tak best masuk roman bath tu …entrance fee £32 kat dalam tu takde apa sangat yg menarik….memula tu mmg rasa tak nak masuk…tapi pikir punyer ler jauh dtg….masuk jer lah…fizah pun dah maleh nak snap gambar…ada le sikit2 gambar yg menunjukkan yg kita pernah sampai sini…pasnie apa2 attraction yg berkaitan dgn roman tak nak pergi dah…heheh…nie kira kali ke2 kena…hari tu masa gi portsmouth…pasal roman mosaic……dah macam tile kat rumah jerk….masa tu semua pakat tak nak masuk hahahhaha

budget masa ke bath nie cuma 2 jam jer…sebab nak mengejar ke bicester village outlet….so mmg sekejap sangat lah….masa check tomtom dari bath ker sana lebih kurang 2 jam setengah…adoi macam tak sempat jerk sampai..tak tahu dia tutup pukul berapa…ingatkan pukul 8 mlm….memula tu ingat nak redah jer….mujur lah masa tu tomtom buat hal…asyik terpadam jer dlm perjlnan…tak jadi gi bicester.nak gi betulkan kereta…rupanya bicester tutup pukul 6…huh…sib baik tak gi hehheh…kalau gi pastu tutup..mmg kena leter le fizah hahahhaha

The next day gi hicom london ….nak renew passport,report passport marsha yg hilang…pagi2 lagi kitaorang dah bersiap sbb nak kena sampai pukul 9 pagi ….sampai kat sana pukul 8….gate pun masih berkunci lagi hahahha….dlm 8.30 tu dah ada org dtg bukak pagar…nasib baik lah dtg awal….lagi 10 minit pukul 9 punyer ler ramai org….lega rasanya…sebab sofea punyer passport hilang,kitaorg kena interview dgn ketua kat situ…dgn nak renew passport lagi..mmg kelam kelibut dibuatnya…tapi staff kat situ baik…selalu passport kita boleh ambik lepas pukul 3…sbb dorang kesian tgk kita ramai sgt budak dia buat cepat2 pukul 12 tghhari dah boleh ambik…pastu sofea punyer passport pun dia kata sebulan boleh dapat….leganya passport dah settle….ada byk masa nak jalan2 heheheh…..

Hmmm…malas rasanya nak berjalan kota london nie…dgn budak2 nie…mesti asyik merengek sakit kaki berjln…so din kata gi bicester village ler…yeayyyy!!!!

Masa gi ke bicester village ni semua orang kelaparan …ingatkan nak makan kat situ ler….tapi hampeh….kedai makan semuanya high class ….nak jenguk pun segan..kita nie mencari mcdonald hehhe…nampak gaya kena keluar cari mcdonald yg berdekatan lah…sementara tu jalan2 outlet nie…tgk apa yg best…hehheh…hmmm…ingatkan macam cheshire oak outlet…takutnya nak masuk kedai masing2….din marah2…dah gi tak nak masuk plak…hehehe…alamak tak tahu nak beli apa….mahal bebenar….takper lah ambik gambar je ler…

May 3, 2009

cuti2 uk (day 3)

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 4:17 pm

sambung lagi cerita cuti2 uk ….hari nie ke EDEN PROJECT……kira macam balik malaysia jugak….sbb kat situ ada dome yg cuaca dia macam kat msia…..panas betul….budak2 tak keruan dibuatnya….din cakap …macammana nak balik msia gaya macam nie….baru panas sikit dah tak tahan…..betullah..pening2 kepala rasanya…..budak2 keja asyik nak mintak air jer…aduiii…..

Eden project nie besar sebenarnya…kalau nak explore betul2 satu hari pun tak cukup… kitaorg berjalan 3 jam jer…malas nak explore betul2 hahhahaha….ada 2 dome satu khatulistiwa satu lagi meditarranean….pastu outdoor garden mengikut musim lah…so skrg musim bunga….banyak bunga2…tapi sebb kitaorg dtg waktu tghari…layu jerlah bunga tuh huhuhu..sungguh tak best nak bergambar!!

Nak dijadikan cerita….masa masuk meditarranean dome tu….banyak sangat bunga tulip….fizah pun menjadi jakunlah sekejap heheheh….yelah impian nak gi ladang tulip kat holland tak kesampaian dapat tengok tulip yg byk kat eden project pun jadilah…..sibuk bebenar nak suruh budak2 nie posing…masa tgh nak cari angle ntah macammana kaki tersandung kat batu….apalagi…mamarazi nie pun jatuh betul2 atas bunga tulip….habis patah tulip2 itew hahahhaha…din dgn budak2 dah lari gi ntah mana2…tinggal ler fizah menahan kesakitan ….geram sungguh …bukannya nak tolong!!!…kira kes malu nak mengaku bini hehehhe…ada ler sorang couple nie tanya fizah ok ker….fizah dgn muka mancho…cakap ok…pastu lari gi tempat lain cepat2 ….malu beb!!!

Lepas dah round semua dome….konon nak berjalan round outdoor garden tuh…tetiba nampak tractor train bawak penumpang ke tempat balik…kitaorang pun naik jerlah…fizah pun kaki dah sakit…terpaksalah balik jer lah….sbb lepas nie nak gi crantock beach berbbq……

Sampai jer caravan….din terus gi basuh baju kat dobi dulu….sebab ingat nak gi petang sikit ke beach sambil2 belajar tangkap gambar sunset….mujur ler gi lambat sikit sbb after 6 dah tak bayar parking….ok leeee….masa kitaorang sampai kat beach tu agak surut….jauh ler nak gi sampai ke pantai tu….berbbq tepi sungai jer…tapi still boleh nampak pantainya….sbb tak larat nak berjalan jauh…berbbq tepi sungai jer lah….budak2 pun dah tak sabar nak buat sandcastle….tapi sbb pasir tu agak kering payah lah nak bentuk castle nya….jadi macam mountain je hehheheh…

Nie moment paling best…..jumping2 time sunset!!!!!masa nie din tgh kemas brg bbq…so fizah dgn budak2 jer yg kekonon nak gi kearah pantai….entah macam mana dapat idea suruh budak2 nie seolah2 pegang matahari tuh….dorang suka betul…ketawa terkikik tengok gambar tuh….biler dah seronok tu macam2 gayalah keluar…

bersambung lagi……

April 29, 2009

cuti2 uk (day 2)

Filed under: holiday — fizah75 @ 2:57 pm

Hari ke 2 plannya nak gi eden project…dekat sikit dari tempat caravan kitaorang….tapi memory card pulak habis…aduh….terpaksa ler mencari shopping centre terdekat…..check2 kat tomtom…plg dekat pun dalam sejam perjlnan lah…terpaksalah kan …try gak delete gambar semlm sikit2..tapi still tak cukup…huhuhu….takperlah…gi jer lah kedai beli baru…..yelah manalah tahu jln ke shopping centre tu towards eden project….tapi jalan punyer jalan…tengok sign ker lands end…opposite jalan lah!!!!!!sebagai alternatif gi lands end dulu lah nampak gayanya….masa tgh mencarik kedai tu…terlalu lah goonhilly sattelite centre(nie masuk list nak gi jugak)….alamak….kedai tak jumpa lagi….terpaksa say bye2 jer lah …..dlm 20 minit drive baru ler jumpa kedai…fuh lega…baru rasa seronok nak berjalan….so first destination hari nie…LANDS END.

Lawa…tempat nie mmg lawa….tapi agak jauh jugak nak berjalan kat hujung tuh….kami dgn pushchairnya…sofea yg nak berjalan ikut suka dia jerk….terpaksalah jalan sekerat jalan jer…takperlah ..lagi pun tak larat nak turun naik bukit….masa pun dah suntuk….yelah tak plan pun nak gi sini hari tuh…itu yg keluar lambat sikit dari caravan….pasni nak ker minack theatre plak…mujur dekat2 situ jerk….

Sampai jer kat minack theatre nie….fizah dah jatuh hati kat tempat nie….cantik sungguh!!!!..mmg mendamaikan…masa tu cuaca pun dah mula redup,sofea pun dah tido….mmg posing sakan kat sini hehehe…minack theatre nie open theatre kat tepi laut semua diperbuat dari batu….dgn kerusi2 penonton nya sekali….fizah tak bacalah plak history dia sbb sibuk ambik gambar….din mungkin baca kot sbb dia tak turun kebwh…dok jaga sofea yg tidurrr….budak2 lain mmg happy giler try duduk kat setiap penjuru…nadia masuk ntah kemana2 jerk….risau jugak tgk dorang.berlari2..yelah semuanya batu….kalau jatuh tu mmg berbalut ler kaki…

Basically kalau gi cornwall tempat nie mmg kena pergi hehehe…recommended!!!!susah nak carik tempat secantik nie kat uk…..lagi2 kalau compare dgn manchester…cuma satu jer yg tak best…..kedai jauh benar….susah nak bershopping daaaa….

BERSAMBUNG…….

April 26, 2009

Cuti2 uk (Day 1)

Filed under: holiday — fizah75 @ 11:03 am

Pada 17/4 yg lepas kitaorg pi holiday ke south england….merancang mmg dah lama nak gi….siap tahun lepas dah book caravan tapi tak jadi pergi sbb rumah baru masuk pencurik pastu sibuk nak pindah rumah….kira burn jerlah caravan tu huhuhu…preparation nak gi mana semua dah lengkap….tapi nak buat macammana masa tu rasa nak berholiday mmg kureng…rasa cuak nak tinggalkan rumah….yelah dah 3 kali rumah kena masuk pencuri…..tapi hidup mesti diteruskan, yer tak?kalau asyik risau …tak jadi kerja dibuatnya….apa2pun kali nie punyer holiday mmg best heheh….tgklah saper buat preparation….mmg lengkap semua heheheh…dgn weather sentiasa terang benderang….semua benda berjalan dgn smoothhhhnya….apart from memory card habis ,laptop rosak, bateri kereta kong hahahhaha…mmg smooth sangat…

Masa hari pertama kitaorang pergi ker durdle door,dorset….walaupun jalan ke sana melencong sikit dari cornwall tapi fizah nak gi jugak heheheh….drive dari manchester lebih kurang 6 jam nak sampai kat tempat tuh…fuh punyer ler jauh…teruja tengok tempat nie biler first time tengok kat anom punyer fp….sejak tu ler mmg terasa nak gi….pastu dari durdle door ke cornwall 3 jam….ambik ko….9jam nak sampai caravan!!!!!tapi mmg berbaloi ler pergi….pantai dia bersih,tak ramai sgt orang,pemandangan dia lawa….duduk satu hari kat situ pun fizah sanggup…

Lepas sembahyang.lepak2 ambik gambar, makan2 kitaorang pun berangkat ker crantock beach caravan park….masa tu dah pukul 9pm….kira kalau ikut tomtom akan sampai destination pukul 12 mlm…ayo…masa tu baru teringat ada org lagi ker kat park tu kalau kitaorg sampai…..baru ler sibuk2 nak tepon park tu….tapi takde org angkat….tawakkal jer lah…..biler sampai tu mmg lengang se lengangnya….rasa seram plak …dah ler sepjg jln berkabus tak nampak apa….adui….masa tu hp pun nak habis bateri…habisler kena tido kesejukkan kat dlm kereta….sib baik ada emergency number kat reception tuh….tepon ler pakcik tu….marah sungguh dia sbb kitaorg tak call awal2…laaa rupanya rumah dia kat atas jerk…sabar jelah…masa dia turun tu din kata masing2 senyap membisu….heheheh…sorry ler pakcik kami kacau tgh2 mlm….lain kali kami buat lagi hahahahhaha….lega lepas dapat kunci….dapat caravan 3 bilik…besarlah jugak….kemas2 pastu tido zzzzzz….akan bersambung…..

April 9, 2009

Temple Primary School Spring Concert 2009

Filed under: Uncategorized — fizah75 @ 7:43 pm

Hmm…sekolah kat uk nie mmg tak habis2 dgn konsert….tapi bagus jugak sbb dia boost confident budak2 nie…kalau dulu sarah punyerlah malu2 bile bercakap depan org…sekarang nie malu lagi tapi kurang ler sikit…sedikit sebanyak buat persembahan kat sekolah byk membantu….konsert kali nie cuma sarah jer perform…nadia dgn aliah jadi audience jelah..hehehe…

Konsep konsert kali nie lebih kepada penggunaan instrument untuk ks2…untuk ks1 plak lebih kpd dancing2 jer hehe…kakak dgn alona terpilih untuk main keyboard untuk yr5…cikgu siap bagi keyboard bawak balik rumah…bagus betul…ingatkan dah habis konsert tu kena pulangkan balik keyboard tu…rupanya sekolah suruh guna sampai habis yr5….bila tanya kakak saper lg dapat keyboard tu….kakak kata yr5 cuma dia sorang…sbb alona dah ada piano kat rumah…kiranya kakak nie aktif jugak…jadi sport leader lah….good job kakak!!!

Kat bawah nie ada sikit gambar fizah snap masa konsert….

Older Posts »

Blog at WordPress.com.